Pembangunan dan sejarah Nintendo_Switch

Pada tahun 2014, Nintendo mengalami masalah kewangan yang besar disebabkan jualan produk konsolnya sebelum ini, Wii U yang perlahan dan kepopularan permainan bimbit Jadi, presiden syarikat terdahulu, Satoru Iwata (yang telah meninggal dunia pada Julai 2015[1]), Tatsumi Kimishima, Genyo Takeda, dan Shigero Miyamoto membina strategi perniagaan yang baharu, memasuki pasaran bimbit dan membina konsol baharu. Kimishima (presiden Nintendo yang baharu) menyatakan bahawa "ia bukan sahaja pengganti untuk Nintendo 3DS atau Wii U" malah ia direka untuk "cara bermain permainan video yang baharu". Selain itu, presiden Nintendo Amerika dan COO Reggie Fils-Animé menyatakan bahawa ia direka untuk bermain permainan video moden/konsol di mana-mana sahaja selain daripada bermain di televisyen. Beliau juga menyatakan bahawa, sasaran untuk konsol baharu mereka adalah "untuk mencipta produk yang unik yang tidak dapat ditiru oleh syarikat lain". Pada 17 Mac 2015, Nintendo mengumumkan permulaan perkongsian dengan syarikat DeNa dan mengumumkan kod nama konsolnya sebagai "NX".

Rujukan

WikiPedia: Nintendo_Switch //scholar.google.com/scholar?q=%22Nintendo+Switch%... //www.google.com/search?&q=%22Nintendo+Switch%22+s... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Ninte... //www.google.com/search?q=%22Nintendo+Switch%22&tb... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Nintendo+Sw... http://www.polygon.com/2015/7/128940053/nintendo-p... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://mobile.nytimes.com/2014/01/18/technology/r... https://m.youtube.com/watch?v=f5uik5fgIaI